Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Penerimaan lebih baik majikan bagi pekerja OKU

Aug 20, 2022 | 05:30 AM



SEWAKTU menerima permohonan kerja untuk jawatan pereka grafik yang diiklankan, Encik Sa'at Ismail tidak sedikit pun menyangka salah satu permohonan yang menarik baginya adalah dari seorang yang cacat pendengaran.



Pengarah Kreatif Silicon Plus Communications Encik Sa'at, 52 tahun, bersikap terbuka untuk memberi peluang calon yang berpotensi itu dan menjemput beliau untuk ditemuduga : "Semasa proses pemilihan, saya tidak sedar beliau seorang yang cacat pendengaran. Sewaktu temuduga, saya gunakan aplikasi pengubah suara ke teks untuk membantu memudahkan komunikasi di antara kami."



"Kebanyakan kerja sekarang bergantung kepada komputer dan dengan adanya kemudahan seperti kapsyen dalam bilik mesyuarat dalam talian Microsoft Teams, Pearlin Lin yang kini pekerja saya, dapat turut bersama dalam perbincangan berkumpulan."



Sebelum ini Encik Sa'at tidak pernah mengambil pekerja OKU (Orang Kurang Upaya), dan merasakan perubahan ini patut diamati oleh lebih banyak syarikat, untuk menjadi masyarakat yang lebih inklusif: "Saya dapat rasakan staf saya juga menunjukkan sikap mereka yang bersabar bila berkomunikasi dengan Pearlin. Mereka yang jauh lebih muda sangat prihatin oleh kerana lebih terdedah tentang kesedaran terhadap golongan yang memerlukan…"



Jurucakap Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) Cik Aisyah Amin berkata: "Melalui Inisiatif Pengharmonian Tenaga Manusia kami, SMCCI merancang untuk memperluaskan usaha kami kepada komuniti OKU dan meneroka peluang untuk memadankan mereka dengan penempatan kerja di kalangan ahli SMCCI."



Namun begitu, SMCCI mengakui bahawa lebih banyak usaha boleh dilakukan untuk membolehkan dan menyepadukan orang kurang upaya ke tempat kerja. Majikan boleh memanfaatkan skim yang berbeza untuk mengupah OKU bagi mengisi kekosongan kakitangan mereka dan meningkatkan keyakinan mereka dalam mengambil pekerja OKU, termasuk program Sokongan Pekerjaan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).



Seorang pekerja OKU, Cik Siti Norfaezah Nordin, 34 tahun, yang telah kehilangan kedua-dua belah kakinya setelah dikudung akibat kencing manis pada 2019, mendapati mencari pekerjaan baru setelah operasi bukanlah satu perkara mudah: "Memandangkan latar belakang saya lebih kepada pentadbiran dan pusat panggilan dalam industri automotif sebelum ini, saya tidak dapat mencari pekerjaan dalam industri tersebut.



Apabila saya mendapat tawaran oleh Cik Nur Fitria Rozlam, pengurus sebuah syarikat penasihat kewangan, beliau memberikan saya kelonggaran untuk berkomunikasi melalui whatsapp dan melalui Zoom apabila diperlukan.



Antara cabaran yang dihadapi oleh Cik Norfaezah ialah dalam segi pengangkutan awam terutama di waktu sibuk. "Memang benar, pengangkutan awam sekarang boleh memenuhi keperluan pengguna kerusi roda tetapi tidak semua orang akan memberi laluan terutamanya dalam lif. Dalam bas pula, ada penumpang yang akan berdiri di ruang kerusi roda. Ada juga yang memberi renungan dan reaksi negatif yang membuat saya rasa saya membebankan mereka."



Kata Cik Norfaeza lagi, laluan dari MRT dan perhentian bas ke pejabat juga sangat mencabar kerana tidak semua laluan mempunyai cerun dan tanjakan untuk sampai ke tempat yang dituju, oleh itu beliau berasa sangat beruntung dapat peluang bekerja dari rumah buat waktu ini.



Pengurusnya, Cik Nur Fitria pula berkata : "Saya tidak lihat pada kekurangannya, malah saya lihat kepada kebolehannya serta etika kerja yang baik, itu lebih penting."



Untuk mengawal reaksi orang awam terhadap pekerja OKU, seorang pelanggan di sebuah stesen minyak, Cik Juliana Jaffar, 46 tahun, berkongsi pengalaman beliau dengan seorang pekerja bisu.



"Saya tidak ada masalah dengan pekerja OKU sebagai pekerja barisan depan, tetapi saya harap, pihak pengurusan dapat memberitahu kami dengan cara memakai lencana, atau sebagainya supaya kami lebih maklum, dan tidak timbul salah faham. Bila saya ketahui pekerja itu bisu, saya terus ubah cara saya berkomunikasi dan tidak menghadapi apa-apa masalah."




“Semasa proses pemilihan, saya tidak sedar beliau seorang yang cacat pendengaran. Sewaktu temuduga, saya gunakan aplikasi pengubah suara ke teks untuk membantu memudahkan komunikasi di antara kami. Kebanyakan kerja sekarang bergantung kepada komputer dan dengan adanya kemudahan seperti kapsyen dalam bilik mesyuarat dalam talian Microsoft Teams, Pearlin Lin yang kini pekerja saya, dapat turut bersama dalam perbincangan berkumpulan.”
- Pengarah Kreatif Silicon Plus Communications Encik Sa’at Ismail.




“Saya tidak lihat pada kekurangannya, malah saya lihat kepada kebolehannya serta etika kerja yang baik, itu lebih penting.”
- Cik Nur Fitria, pengurus Cik Siti Norfaezah Nordin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >