Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERADUAN MENULIS CERPEN BH/NAC

Pengadil harapkan karya penulis yang 'bersembunyi'

Jul 19, 2016 | 05:30 AM



BUKAN hanya karya baik yang dicari, malah lebih penting mengenal pasti penulis berbakat.



Peraduan menulis cerpen Mencari Kristal dianggap sebagai wadah penting bagi penulis tampil dengan karya mereka.



Demikian yang diharapkan keenam-enam pengadil peraduan anjuran Berita Harian-Majlis Seni Kebangsaan (BH-NAC) yang sedang berlangsung.



Karya daripada orang ramai, tidak kira usia atau tahap kemahiran, masih diterima pihak penganjur dan akan dinilai setelah tamat tarikh penyertaan pada 22 Julai.



Penilaian akan dilakukan dalam dua pusingan - pusingan pertama selepas 22 Julai untuk mengenal pasti peserta finalis, dan penilaian kedua untuk menentukan juara setelah peserta melalui bengkel yang akan diadakan.



Penulis mapan, Encik Hamed Ismail, yang juga salah seorang pengadil peraduan itu berkata beliau berharap pertandingan Mencari Kristal ini dapat memberikan galakan kepada penulis.



"Saya harap ia akan buat penulis berkata 'Ini tempat aku boleh berkarya dan munculkan diri' dan wadah ini perlu ada," katanya.



Beliau menambah bahawa pertandingan ini merupakan salah satu cara menarik minat orang ramai dan mempraktikkan penguasaan bahasa.



Bagi penggiat seni teater, Encik Noor Effendy Ibrahim, pertandingan ini bukan mencari hanya satu cerpen yang baik sahaja.



"Ia juga penting mengenal pasti penulis yang boleh mengekalkan kegiatan menulis ini.



"Selepas itu penting juga melihat bagaimana kita boleh menyokong golongan penulis," katanya.



Penyunting Berita Harian dan juga penulis, Cik Dewani Abbas, pula ingin peraduan itu menjadi batu loncatan merangsang penulis yang ada bakat terpendam.



"Saya harap ia dapat mendorong mereka menampilkan diri dan tahu bahawa sebenarnya ada wadah untuk mereka menulis.



"Moga-moga selepas itu mereka dapat menjadi penulis yang dapat menghasilkan karya bermutu," ujar beliau.



Bagi Encik Jamal Ismail, seorang penulis yang juga dikenali dengan nama penanya 'Al lima', berharap peraduan Mencari Kristal dapat mengenal pasti karya dan juga penulis yang baik.



"Dalam perhatian saya, jarang karya dapat mengubah sesuatu, penulis yang dapat mengubah sesuatu.



"Mencari Kristal ini adalah satu proses yang dapat mengasah kebolehan penulis, tetapi harap ia tidak berhenti di sini sahaja," katanya sambil menekankan pentingnya mempromosikan karya.



Editor ruangan Gah di Berita Harian, Cik Hanim Mohd Salleh, berharap akan menerima penyertaan cerpen yang dapat meninggalkan kesan kepada pembaca.



"Sama ada sedih atau gembira, sesuatu cerita itu harus ada kesan kepada pembaca.



"Ia juga harus mengimbangkan antara faktor popular dan faktor sastera untuk menarik perhatian lebih banyak pembaca," katanya.



Seorang lagi pengadil, Encik Juffri Supaat, berkata bahawa dengan tema Debar Cinta, beliau berharap cakupan penulis yang akan masuk ke gelanggang bertanding akan lebih luas.



"Kami lebih harapkan karya penulis yang selama ini berasa mereka tak boleh menulis.



"Temanya nampak ringan tetapi tidak bermaksud ia meremehkan atau menghasilkan karya yang tidak mempunyai nilai sastera," katanya.



Bagi anda yang berminat menyertai peraduan menulis cerpen Mencari Kristal, penyertaan masih dibuka sehingga 22 Julai.



Karya boleh dihantar melalui e-mel ke mencarikristal@sph.com.sg.



Butir lanjut boleh didapatkan menerusi laman http://mencarikristal.sg



Ralat: Terdapat kesilapan pada nama Encik Noor Effendy Ibrahim. Ia telah diperbetulkan. Kami meminta maaf atas kesilapan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >