PENGALAMAN berada di luar negara sewaktu menjalankan misi bantuan telah membuka mata Staf Sarjan (SSG) Bukhary Abu Bakar kepada perkara yang selama ini beliau anggap remeh.
Sebagai seorang pegawai di dalam pasukan elit Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), SSG Bukhary, 28 tahun, menyertai kontinjen misi bantuan Operasi Lionheart sebanyak tiga kali pada tahun lalu.