Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengarah bahagian bahasa di NHB terus pergiat usaha hargai warisan, budaya, bahasa

Aug 16, 2016 | 05:30 AM



SEBAGAI seorang pengarah Institusi Warisan & Bahagian Bahasa di Lembaga Warisan Negara (NHB), Cik Trudy Loh memainkan peranan penting dalam memastikan budaya dan warisan yang pelbagai di negara ini akan terus terpahat di dalam hati setiap warga Singapura.



Bagi beliau, rakyat Singapura perlu ingat akan budaya mereka yang menjadi identiti negara ini serta harus sentiasa memperjuangkannya.



Justeru, menurut Cik Loh, keseimbangan dan perpaduan kaum yang telah disemai tidak harus diendahkan.



"Saya merasakan ia adalah penting bagi setiap rakyat Singapura mengekalkan jati diri negara dan budaya mereka, terutama di dalam isu pergolakan yang berlaku di dunia.



"Keseimbangan yang telah ditanam dalam diri setiap rakyat Singapura tidak harus dipandangan ringan dan diambil mudah," kata Cik Loh.



Baru-baru ini, Cik Loh, 53 tahun, diumumkan sebagai penerima Pingat Pentadbiran Awam (Gangsa) bagi mengiktiraf sumbangan beliau terhadap usaha cemerlangnya menegakkan warisan dan budaya Singapura serta menggalak penggunaan bahasa.



Menyentuh tentang pengiktirafan yang diterimanya itu, Cik Loh berkata ia adalah sebahagian daripada tugasnya dan ia tidak akan merubah pendirian beliau terhadap apa yang dilakukan selama ini.



"Semestinya ia adalah satu penghormatan terbesar dan saya amat terharu dengan pengiktirafan ini.



"Meskipun saya menerima anugerah ini, ia tidak akan merubah peranan saya yang hanya menjalankan tugas dan ia tidak akan merubah cara saya melakukannya," ujar Cik Loh lagi.



Sepanjang perjalanan kerjayanya yang mendedahkan diri beliau kepada warisan, budaya dan bahasa, Cik Loh kini benar-benar yakin akan bahawa Singapura merupakan sebuah negara unik yang mempunyai pelbagai rakyat berwarna-warni.



"Kepelbagaian ini bermakna bahawa kadangkala kita sebagai satu masyarakat Singapura tidak selalu mempunyai fikiran serupa mahupun mengambil tindakan yang sama, namun apabila kita dapat memahami dan merapatkan perbezaan ini, ia menjadi sesuatu yang amat memuaskan," kata beliau.



Cik Loh yang turut bertanggungjawab mengendalikan sekretariat negara yang mempromosikan bahasa termasuk Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) merasakan acara tahunan seperti Bulan Bahasa dan Pesta Budaya Melayu mampu menarik minat masyarakat muda kepada budaya mereka sendiri.



"Kedua-duanya merupakan acara yang mempromosikan bahasa dan budaya Melayu dan ia sangat menggalakkan apabila kita dapat melihat ahli masyarakat begitu giat melibatkan diri dalam mengadakan acara ini.



"Ia lebih menggalakkan serta menggembirakan melihat anak muda Singapura menghadiri program budaya dan bahasa yang telah dianjurkan," ujar beliau lagi.



Beliau yang kini sibuk dengan perancangan kedua acara itu tahun ini, berharap lebih ramai masyarakat dapat menghayati dan berbangga terhadap warisan kita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >