Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengarah CNB: Melayu sokong penuh, luas perang dadah

CNB
Nov 13, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAt Melayu/Islam memberi sokongan penuh dan luas kepada usaha Biro Narkotik Pusat (CNB) memerangi dadah, kata pengarah baru biro itu, Encik Sam Tee.



Memberi contoh kempen 'Dadah Itu Haram (DIH)', Encik Tee, berkata: "Kami mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Melayu/Islam berkaitan DIH.



"Bukan akar umbi, restoran, dan kedai gunting rambut sahaja, malah kami mendapat sokongan padu daripada masjid bagi kempen ini."



Kempen itu dimulakan pada 2017 untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Melayu/Islam bahawa dadah diharamkan oleh Islam dan berkongsi peri penting menjalani kehidupan sihat dan bebas dadah.



Ia disokong Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dan menggabungkan pelbagai pertubuhan serta kumpulan sukarelawan bagi menyampaikan mesej antidadah.



Ini termasuk kesemua 71 masjid di Singapura.



Sejak dimulakan, kempen itu telah mendekati lebih 100,000 anggota masyarakat Melayu/Islam dan pelbagai tempat, termasuk kedai gunting rambut, kedai makan, studio muzik, dan bengkel kenderaan.



"Terdapat juga pemimpin masjid yang komited untuk membantu kami memberitahu jemaah tentang bahaya dadah, dan bekerjasama dengan kami dalam kerja pemulihan juga.



"Secara keseluruhannya masyarakat Melayu/Islam merupakan contoh baik tentang bagaimana masyarakat lain boleh turut kerjasama dengan kami dalam hal ini," kata Encik Tee lagi.



Bulan lalu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata lebih 140 acara DIH dijalankan sepanjang lima tahun itu.



Menyentuh tentang penggunaan teknologi dalam perang dadah, Encik Tee berkata CNB kini menggunakan kaedah yang termasuk media sosial bagi mendampingi golongan muda.



"Kami telah menggunakan wadah seperti Facebook, Instagram dan baru bulan lalu kami melancarkan TikTok CNB. Ini bagi mendampingi belia.



"Kami akan mempertingkat usaha lebih kreatif bagi menyampaikan mesej menerusi media sosial agar golongan muda tertarik untuk menonton dan membaca mesej yang kami sampaikan," tambahnya.



Encik Tee berkata pendekatan menyampaikan mesej antidadah berbeza bagi pelbagai peringkat usia, namun baginya pendekatan pendidikan perlu melibatkan semua lapisan usia.



CNB juga menggunakan iklan pawagam bagi menyampaikan mesej tentang bahaya dadah, ujarnya.



Selain itu, CNB telah mempertingkat keupayaannya menggunakan teknologi untuk mengawasi situasi dadah di Singapura.



Ini penting memandangkan ada kes dadah diseludup masuk ke sini menggunakan bungkusan yang hanya boleh dikesan oleh alat canggih.



"Saban tahun kami membangunkan keupayaan kami dalam bidang seperti teknologi dan pemantauan.



"Contohnya bagi meningkatkan keupayaan kami mengesan dadah yang dibawa masuk menggunakan bungkusan, kami bekerjasama dengan bahagian teknologi kami untuk menghasilkan algoritma bagi membantu kami mengesannya semasa imbasan dilakukan," kata Encik Tee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >