Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah Jauhari Berita Harian 2017

Pengarah sektor marin Abu Bakar Mohd Nor Jauhari Berita Harian 2017

Nur Yusrina Ya'akob, wanita Melayu/Islam pertama tawan Gunung Everest Jauhari Harapan Berita Harian 2017
Oct 04, 2017 | 10:00 PM



Pengarah syarikat marin dan tengah laut, yang  mendaki tangga korporat dengan berjaya dan memberi sumbangan aktif kepada pertahanan negara ialah penerima Anugerah Jauhari Berita Harian 2017.



Encik Abu Bakar Mohd Nor, Pengarah Urusan (Gas dan Kapal Khas) di Keppel Offshore & Marine menerima anugerah itu daripada Presiden Halimah Yacob di majlis penuh gemilang di Hotel Mandarin Orchard pada 4 Oktober 2017.



Berbekal segulung diploma, Encik Abu Bakar, kini 51 tahun,  memulakan kerjaya sebagai pembantu pegawai keselamatan di Limbungan Kapal Keppel. 



Lantaran itu, Encik Abu Bakar dilantik ke beberapa jawatan lain, sebelum menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) limbungan kapal Keppel di Qatar, Nakilat-Keppel Offshore & Marine (N-Kom) pada 2011.



Beliau juga seorang askar kerahan dan  berpangkat Kolonel (Perkhidmatan Negara) dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Buat masa ini, Encik Abu Bakar sedang berkhidmat sebagai Ketua Turus di Angkatan Pertahanan Rakyat Kedua (2 PDF).



Dalam ucapannya , Encik Abu Bakar, ya g mempunya dua anak, melahirkan harapan agar belia Melayu/Islam terus berusaha mengharumkan nama masyarakat dan negara.



"Saya percaya, penting kita sebagai sebuah masyarakat haruslah bersatu padu, saling membantu dan prihatin tentang perkembangan sesama kita, supaya, insya-Allah, Melayu/Islam Singapura menjadi masyarakat gemilang dan cemerlang," kata beliau.



Dalam pada itu, Anugerah Jauhari Harapan tahun ini jatuh kepada Cik Nur Yusrina Ya'akob, 30 tahun, wanita Melayu/Islam Singapura pertama menawan Gunung Everest. Anugerah itu diberikan kepada belia yang meraih pencapaian yang boleh menjadi inspirasi kepada masyarakat. 



Anugerah Jauhari Sepanjang Hayat dan Jauhari Perniagaan juga disampaikan, anugerah baru yang diperkenalkan sempena ulang tahun ke-60 Berita Harian tahun ini.



Pemuzik mapan yang disegani serantau Ramli Sarip dan ikon bola sepak negara Fandi Ahmad masing-masing memenangi Anugerah Jauhari Sepanjang Hayat.



Empat tokoh korporat pula memenangi Anugerah Jauhari Perniagaan  - CEO PropNex Realty Encik Ismail Gafoor, CEO MES Group Encik Mohamed Abdul Jaleel, CEO Busy Bees Asia Cik Jummaida Rusdon dan CEO SSA Consulting Group Encik Suhaimi Salleh.



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >