Pengasas industri pawagam S'pura Goh Eng Wah meninggal dunia

USAHAWAN dan pengasas industri pawagam Singapura Encik Goh Eng Wah telah meninggal dunia kelmarin.

Beliau berusia 92 tahun.

Encik Goh merupakan pengerusi eksekutif dan pengasas Eng Wah Global, yang menjalankan perniagaan dalam beberapa sektor seperti hiburan, hartanah, pelayanan dan gaya hidup di Singapura dan Malaysia, kata kenyataan syarikatnya.

"Menjangkau tempoh 70 tahun, empayar hiburannya termasuk menguruskan beberapa perniagaan hiburan ikonik pos-perang Singapura seperti Happy Theatre, Victory Theatre di Gay World, dan Silver World Theatre yang akhirnya membawa beliau menguruskan Happy World," katanya kenyataan tersebut.

Awal tahun ini, Encik Goh telah diberi pengiktirafan di atas sumbangan beliau kepada pembangunan awal Singapura.

Beliau merupakan penerima Anugerah Cemerlang Pengasas Perniagaan Cina SG50 Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI).

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.