Pemerintah telah menerima permintaan daripada mendiang Encik S R Nathan dan keluarganya dalam pengurusan pengebumian. Pemerintah akan menyediakan segala bantuan yang diperlukan, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri malam tadi.
Sebagai tanda hormat kepada Encik Nathan, bendera negara akan dikibar separuh tiang di semua bangunan pemerintah mulai hari ini hingga Jumaat, 26 Ogos. Jenazah mendiang akan berada di bangunan Parlimen mulai 10 pagi pada Khamis hingga 12 tengah hari pada Jumaat bagi perkabungan negara.