Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengecualian bayaran bagi permohonan kuasa berkekalan dilanjut hingga Mac 2026: Masagos

Mar 30, 2023 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura yang mahu melantik seseorang untuk membuat keputusan bagi pihak mereka, sekiranya mereka kehilangan keupayaan mental, boleh berbuat demikian secara percuma sehingga 31 Mac 2026.



Mengumumkan demikian dalam satu catatan Facebook pada Rabu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata pengecualian bayaran bagi permohonan Surat Kuasa Berkekalan (LPA) Borang 1 - bayaran $75 buat warga Singapura - telah dilanjutkan lagi sehingga akhir Mac 2026.



LPA Borang 1 adalah buat mereka yang ingin memberi penerima kuasa - orang yang boleh membuat keputusan dan bertindak bagi pihak mereka - kuasa am dengan sekatan asas.



Lebih 26,000 LPA telah dibuat secara dalam talian dalam tempoh empat bulan sahaja sejak sistem dalam talian Pejabat Penjaga Awam dilancarkan pada November 2022, kata Encik Masagos.



"LPA boleh membantu keluarga memenuhi kehendak dan keutamaan penjagaan orang tersayang mereka, dan untuk memberi keluarga ketenangan fikiran... Ahli keluarga lebih muda juga boleh membantu orang tua anda dengan permohonan ini," katanya.



Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Eric Chua, juga menulis di Facebook: "Tidak terlalu awal untuk merancang dan membuat LPA anda, untuk memastikan orang yang anda percayai boleh membuat keputusan terbaik bagi pihak anda jika anda tidak dapat melakukannya."



Peguam Kanan, Encik Gregory Vijayendran, yang merupakan pengerusi Pro Bono SG, badan amal yang menyediakan nasihat undang-undang dan perwakilan bagi golongan kurang bernasib baik, memberitahu The Straits Times tentang kepentingan membuat LPA, terutamanya dengan kes demensia lebih tinggi di Singapura hari ini.



Beliau berkongsi bagaimana ahli keluarga boleh bertelagah tentang cara kewangan dan pengaturan penjagaan orang yang tidak berupaya dari segi mental diuruskan.



Contohnya, beliau telah melihat kes di mana ibu bapa tidak berupaya secara mental tetapi mempunyai detik-detik kewarasan fikiran.



Adik-beradik berebut siapa yang akan dilantik untuk membuat keputusan bagi pihak ibu bapa mereka, dengan harapan dapat mempengaruhi ibu bapa mereka membuat wasiat yang akan menguntungkan mereka sendiri.



"Tiada siapa yang suka bercakap tentang kematian. Jadi dalam melaksanakan wasiat, anda agak terpaksa merenung dan memikirkannya, dan ia bukan topik yang sangat menyenangkan," katanya.



"Dengan cara sama, tiada siapa suka memikirkan "apa yang berlaku jika saya mengalami demensia, apa yang berlaku jika saya kehilangan keupayaan mental saya", tatkala keadaan berjalan baik buat anda."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >