Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BANTUAN TANGANI KESAN WABAK KORONAVIRUS

Pengecualian sewa sebulan bagi pegerai pusat penjaja, pasar diurus NEA

Penyewa komersial HDB akan turut nikmati pengecualian sewa setengah bulan.
Sektor lain yang terjejas seperti pelancongan, penerbangan, khidmat teksi dan kereta sewa akan terima sokongan tambahan
Feb 19, 2020 | 05:30 AM



AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan menawarkan pengecualian sewa satu bulan bagi pemilik gerai pusat penjaja dan pasar yang diuruskan NEA, dengan pengecualian minimum sebanyak $200.



Dalam pada itu, agensi pemerintah seperti Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menawarkan pengecualian sewa setengah bulan kepada penyewa komersial.



Pengecualian sewa ini akan menelan belanja $45 juta.



Ini merupakan antara bantuan yang dihulurkan pemerintah bagi menyokong sektor perniagaan runcit dan khidmat makanan sebagai mengurangkan kesan penularan koronavirus.



Ia adalah sebahagian daripada Pakej Penstabilan dan Bantuan bernilai $4 bilion yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Heng Swee Keat di Parlimen semalam bagi membantu sektor yang terjejas ekoran Covid-19.



Rebat cukai hartanah sebanyak 15 peratus juga akan diberikan bagi hartanah komersial yang layak.



"Saya menggesa pemilik kedai mengagihkan ini kepada penyewa mereka dengan mengurangkan sewa," katanya.



Sektor-sektor lain yang terjejas secara langsung akibat koronavirus seperti pelancongan, penerbangan dan pakej bantuan bagi penyedia khidmat teksi dan kereta sewa privet juga akan menerima sokongan tambahan, tambah Encik Heng.



Bagi membantu majikan dalam sektor ini mengekalkan dan melatih semula pekerja, pemerintah akan mempertingkatkan inisiatif Suai-Maju (Adapt and Grow) menerusi program pengerahan semula.



Tempoh pendanaan bagi melatih semula akan dilanjutkan daripada tiga hingga maksimum enam bulan.



Lebih 330,000 pekerja setempat dijangka dikekalkan dan dilatih semula menerusi inisiatif itu dan Skim Sokongan Pekerjaan.



Pemerintah juga, kata Encik Heng, akan membantu sektor terjejas dengan kos operasi serta aliran tunai.



Bagi sektor pelancongan, rebat cukai hartanah sebanyak 30 peratus akan diberikan tahun ini untuk komponen bilik penginapan dan acara di hotel berlesen dan apartmen khidmat serta tempat kegiatan mesyuarat, insentif, konvensyan dan pameran (Mice).



Kapal pesiaran antarabangsa dan terminal feri serantau akan menerima rebat cukai hartanah sebanyak 15 peratus. Resort Bersepadu (IR) akan menerima rebat cukai hartanah 10 peratus.



Program pinjaman penyambung sementara akan diperkenalkan selama setahun untuk membantu perniagaan dalam sektor pelancongan dengan kos operasi dan aliran tunai.



Had pinjaman bagi setiap syarikat ialah $1 juta manakala kadar faedah dihadkan pada 5 peratus.



Pemerintah akan menanggung 80 peratus risiko pinjaman.



Di samping itu, di sektor penerbangan pula, rebat akan diberikan bagi bayaran mendarat dan meletak pesawat di lapangan terbang.



Ini termasuk rebat sewa bagi kedai dan ejen kargo di Lapangan Terbang Changi.



Lapangan Terbang akan menerima rebat cukai hartanah 15 peratus.



"Kami akan terus memantau situasi ini dengan lebih dekat. Jika perlu, kita mampu dan telah bersedia untuk melakukan lebih banyak lagi," kata Encik Heng.



* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >