Pengedar dadah terlepas hukuman mati

Seorang lelaki berusia 29 tahun menjadi pesalah dadah kedua yang terlepas daripada hukuman gantung, lapor akhbar The Straits Times.

Mahkamah Tinggi sebaliknya memutuskan Subashkaran Pragasam dihukum penjara seumur hidup dan disebat 15 kali.

Penghukuman semula itu merupakan kes kedua yang dilakukan pihak mahkamah, menyusuli tindakan sama yang diambil ke atas pesalah dadah warga Malaysia, Yong Vui Kong, 30 tahun, yang diperintahkan menjalani hukuman serupa pada November lalu.

Penghukuman semula itu diputuskan menyusuli pindaan undang-undang bagi kes dadah yang membolehkan hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan budi bicaranya sama ada untuk menghukum pengedar dadah dengan penjara seumur hidup dan dirotan, berbanding menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Penghukuman semula ini diberikan kepada pengedar dadah yang telah membantu pihak berkuasa secara bermakna, dan mereka yang mengalami penyakit mental yang menyebabkan mereka tidak begitu bertanggungjawab atas tindakan-tindakan yang dilakukan.

Subashkaran telahpun disahkan oleh Pihak Pendakwa Raya sebagai telah memberi bantuan yang bermakna dalam mematahkan kegiatan pengedaran dadah.

Hakim Choo Han Teck mendapati dia hanya bertindak sebagai seorang penghantar semasa diberkas, dengan sembilan bungkusan heroin seberat 186.62 gram.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.