Pengedar: Gambar piza 'halal' ada babi palsu

GAMBAR menunjukkan sebuah kotak piza kononnya mempunyai dua logo sijil halal tetapi mengandungi babi adalah palsu.

Demikian menurut Liban Foods, pengedar Dr Oetker Ristorante Hawaii Pizza, yang dipaparkan dalam beberapa gambar yang kini tersebar luas dalam talian.

"Bungkusan asal produk itu tidak mempunyai sijil Halal dan ia tidak pernah diisytiharkan sebagai produk halal.

"Kami sedar implikasi keagamaan serius hal ini dan telah melaporkannya kepada pihak berkuasa," ujar seorang jurucakap syarikat tersebut dalam satu kenyataan kepada Berita Harian hari ini.

Menurut kenyataan itu, Liban Foods merupakan satu-satunya pengedar makanan beku Dr Oetker.

Syarikat itu meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan gambar itu lagi.

Orang awam yang mempunyai soalan lanjut boleh menghubungi mereka di 62231171 atau menghantar e-mel ke info@liban.com.sg.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.