PENGENDALI bas terbaru Singapura, Go-Ahead, dijangka memulakan operasi pada 4 September, dengan menawarkan perjalanan di kawasan Pasir Ris dan Punggol.
Ia akan melancarkan 13 perkhidmatan bas sebagai permulaan, diikuti dengan 11 lagi laluan pada 18 September, kata syarikat itu dalam satu kenyataan bersama Pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.