Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengerusi Changi Airport berada dalam pesawat SIA yang dapat ancaman bom

Nov 24, 2015 | 08:54 AM



PENGERUSI Changi Airport Group (CAG), Encik Liew Mun Leong, yang berada dalam pesawat Singapore Airlines (SIA) yang menerima ancaman bom, tidak tahu ada sesuatu terjadi hingga selepas pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Changi.


Ancaman itu kemudian ternyata palsu.


Pesawat penerbangan SQ001 dari San Francisco, lewat Hong Kong, itu tiba seperti mengikut jadual kira-kira tengah hari Ahad lalu (22 Nov).


"Selepas mendarat, saya tiba-tiba melihat melalui tingkap pesawat kami peliknya bergerak meninggalkan Terminal 3 dan ke arah kawasan kargo. Ia kemudian berhenti dan ditahan lama di apron kargo," kata Encik Liew dalam e-mel kepada kakitangan, untuk berkongsi berkongsi pengalamannya, lapor akhbar The Straits Times pada Selasa.


"'Apakah yang sedang berlaku?' Saya berbisik kepada diri sendiri. Kapten mengumumkan ada beberapa masalah di pintu terminal tetapi harus selesai tidak lama lagi. Tidak ada penjelasan dari menara kawalan."


Encik Liew kemudian menelefon seorang rakan sekerja beliau di lapangan terbang untuk mengetahui apa berlaku.


"Jawapan beliau yang tenang mengejutkan dan menakutkan. Ada orang membuat ancaman ada bom dalam pesawat SQ001!... Saya ditanya seorang penumpang lain apa berlaku.


"Saya tidak memberitahunya apa yang saya tahu kerana ini mungkin membimbangkannnya. 'Hanya keselamatan tambahan', saya beritahunya."


Selepas 20 minit berlalu baru kapten berkata ada beberapa masalah keselamatan yang perlu diselesaikan polis sebelum sesiapa boleh dibenarkan turun, tulis Encik Liew.


Selepas kira-kira sejam menunggu di dalam pesawat, kapten mengumumkan rancangan sedang dibuat untuk membawa penumpang dengan bas ke Terminal 3.


Encik Liew berkata: "Saya fikir kapten dan anak kapal mengendalikan keadaan dengan baik, hingga semua penumpang tetap tenang walaupun berdepan keadaan yang berpotensi menjadi serius."


Di terminal, penumpang diperiksa dengan "teliti" sebelum dibenarkan pergi. Ia mengambil masa lebih tiga jam selepas pesawat mendarat sebelum bagasi dikeluarkan.


Pada hari sama, penerbangan Turkish Airlines dari New York ke Istanbul dilencongkan ke Halifax di Canada selepas menerima ancaman serupa.


Encik Liew pada mulanya merancang pulang Singapura sehari kemudian tetapi menukar penerbangan untuk menghadiri pengebumian bekas rakan sekerja dan mentornya, Encik Somkiat Lertpanyavit.


Encik Somkiat, yang menghabiskan hampir 43 tahun bekerja sebagai perancang utama dan pereka bagi pembangunan Lapangan Terbang Changi, meninggal dunia pada usia 71 Jumaat lalu.


Walaupun kelewatan disebabkan ancaman bom itu, Encik Liew dapat melihat rakannya itu buat kali terakhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >