Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengerusi SDP ditangkap kerana kesalahan dadah

Nov 04, 2015 | 11:39 AM



PENGERUSI Parti Demokratik Singapura (SDP), Encik Jeffrey George, 51 tahun, telah ditangkap kerana kesalahan dadah, lapor akhbar The Straits Times pada Rabu (4 Nov).


Setiausaha agung parti tersebut, Dr Chee Soon Juan, memberitahu akhbar itu pada Selasa bahawa berita penangkapan Encik George mengejutkan.


"Saya mengenali Jeff selama bertahun-tahun dan sepanjang masa itu beliau telah melaksana tugasnya sebagai seorang anggota dan pemimpin SDP secara profesional. Beliau dihormati dan disukai rakan partinya," kata beliau.


Menurut akhbar itu, ketika ditanya apakah Encik George telah ditangkap, Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata, melalui seorang jurucakap: "Seorang lelaki berusia 51 tahun telah ditangkap kerana kesalahan berkaitan dadah. Siasatan sedang dijalankan."


Seorang jurutera perkapalan, Encik George, dipilih menjadi pengerusi parti pembangkang itu pada Oktober 2013.


Beliau ejen pilihan raya bagi Dr Chee dan naib pengerusi SDP, Encik John Tan, pada pilihan raya umum September lalu.


Dr Chee berkata malam tadi: "Pada masa ini, ahli keluarga memerlukan sokongan kerana mereka sedang melalui tempoh sukar. Mereka harus dibiarkan untuk menyelesaikan perkara."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >