Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penggemar terkenal e-skuter maut lepas terjatuh, cetus isu topi keledar

Mar 23, 2016 | 08:31 AM



SEORANG penggemar skuter elektrik, atau e-skuter, yang terkenal dalam kalangan masyarakat penunggang alat itu, meninggal dunia dalam satu insiden Sabtu (19 Mac) lalu.



Kematian Encik Sam Koh, yang tidak memakai topi keledar, mencetus perdebatan mengenai langkah-langkah keselamatan bagi pengguna e-skuter.



Encik Koh, 23 tahun, sedang menunggang e-skuter beliau bersama dua rakannya pada awal pagi di Taman East Coast apabila beliau terjatuh terlentang.



Mereka yang datang membantu Encik Koh berkata beliau dalam keadaan sedar tetapi mengantuk. Difahamkan beliau kemudian mengalami koma dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala pada petang Ahad di hospital.



Kesnya dipercayai antara kejadian maut yang jarang berlaku melibatkan pengguna e-skuter di sini.



Adiknya, Encik Benson, 22 tahun, berkata Encik Koh tidak memakai topi keledar tetapi beliau "pakar dan penunggang berpengalaman".



"Dia memakai topi ketika menunggang - jenis dengan permukaan keras,", kata anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa itu kepada akhbar The Straits Times pada Selasa (22 Mac).



Encik Sam Koh bekerja di Passion Gadgets, sebuah kedai menjual e-skuter dan ekasikal (basikal satu aroda) elektrik.



Kematian beliau membuat beberapa pengguna e-skuter membangkitkan isu apakah alat pelindung, seperti topi keledar, harus digunakan penunggang.



Minggu lalu, sebuah panel penasihat pakar mengemukakan senarai peraturan dan garis panduan mengenai e-skuter dan peranti mobiliti kepada Kementerian Pengangkutan untuk pertimbangan.



Namun, ia tidak mengesyorkan penggunaan topi keledar bagi mereka yang menggunakan alat-alat itu, tetapi hanya untuk penunggang basikal dan basikal bermotor.



Pakar mengatakan memakai topi keledar bagi peranti bergerak perlahan seperti e-skuter tidak perlu diwajibkan tetapi individu bertanggungjawab bagi keselamatan diri sendiri, dan memahami risiko yang mereka ambil jika tidak alat pakaian perlindungan.



Seorang ahli panel, Encik Denis Koh, yang mengetuai Big Wheel Scooters Singapura, berkata panel itu memutuskan tidak mewajibkan topi keledar kerana ia boleh "mengganggu".



"Ia amalan yang disyorkan, tetapi kami memutuskan tidak mewajibkannya. Ia akan bermakna semua mak cik dan pak cik yang menunggangnya ke kedai kopi perlu memakai topi keledar juga," katanya.



Pengguna e-skuter berkata peranti itu biasanya bergerak pada kelajuan antara 15 dan 25 km sejam, walaupun versi yang lebih berkuasa boleh bergerak selaju 40 km sejam.



Dr Kevin Soh, 52 tahun, yang menggunakan e-skuternya setiap hari untuk berulang-alik sejauh lima km ke Hospital Mount Elizabeth di Orchard Road dari rumahnya di Bukit Timah, berkata risiko menaiki e-skuter rendah.



Namun ada orang, seperti Cik Kelita Yeo daripada Falcon PEV, yang menjual e-skuter, berasa topi keledar boleh menyelamatkan nyawa.



"Kami amat mengesyorkan memakai topi keledar walaupun tiada peraturan mewajibkannya pada masa ini," kata Cik Yeo.



"Ini membantu melindungi penunggang jika berlaku kemalangan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >