BELIAU mengajar selok-belok agama Hindu menerusi Hab Hindu di sini. Pada masa yang sama, masyarakat Hindu yang mengunjungi hab itu dapat mengenali agama lain secara lebih dekat di sana.
Ini disebabkan Encik K. Kathirasan, 42 tahun, giat mengundang penceramah agama lain membuat penyampaian tentang agama masing-masing kepada masyarakat Hindu di hab tersebut.