Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna e-skuter wajib daftar alat mereka menjelang hujung tahun

Mar 07, 2018 | 01:35 PM



PENGGUNA skuter elektrik atau e-skuter perlu mendaftarkan alat pengangkutan mereka itu mulai separuh kedua tahun ini dalam usaha memudahkan penguatkuasaan terhadap pengguna e-skuter yang menyalahi peraturan.



Ketika berucap di Parlimen hari ini, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan) Dr Lam Pin Min berkata pemerintah telah menerima saranan yang dikemukakan Panel Penasihat Pergerakan Aktif (AMAP) bulan lalu bagi melaksanakan syarat pendaftaran. 



Panel penasihat 14 anggota itu dibentuk pada 2015 untuk merangka peraturan bagi mengawal penggunaan laluan pejalan kaki dan laluan basikal oleh penunggang basikal dan pengguna alat mobiliti peribadi (PMD).



“Pendaftaran e-skuter akan membantu menghalang tingkah laku melulu, memberikan lebih banyak tanggungjawab kepada pengguna, dan memudahkan pegawai penguatkuasa menjejaki pengguna yang menyalahi peraturan,” kata Dr Lam semasa perbahasan Belanjawan bagi Kementerian Pengangkutan (MOT).



Beliau menambah bahawa proses pendaftaran akan dipermudahkan dengan kos yang serendah mungkin. 



Sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran, pengguna perlu memberi butir peribadi mereka kepada pihak berkuasa, serta meletakkan pelekat identiti dengan jelas pada e-skuter mereka.



Dalam pada itu, pengguna juga perlu memastikan mereka memenuhi Akta Mobiliti Aktif yang antara lain memastikan berat PMD tidak melebihi 20 kilogram dan had kelajuan tidak melebihi 25 kilometer sejam.



Bagaimanapun, PMD lain seperti papan roda (hoverboard) dan ekasikal (unicycle) elektrik tidak memerlukan pendaftaran kerana mereka mempunyai kelajuan yang lebih rendah dan penggunaannya kurang meluas, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Maklumat lanjut mengenai pendaftaran akan disediakan pada masa akan datang, kata LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >