Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna Facebook minta maaf tuduh pegawai ICA salah guna kuasa

Oct 23, 2015 | 03:08 PM



SEORANG pengguna Facebook, Encik P.J. Wong, memohon maaf bagi satu pos beliau yang menuduh seorang pegawai Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyalah guna kuasa.


Pos pada 15 Oktober itu dikongsi lebih 400 kali.


Ia mendakwa bahawa Encik Wong sengaja dipilih secara tidak adil agar bagasinya diperiksa, dan telefon beliau dirampas selepas beliau cuba merakam video pegawai ICA itu.


Pos itu sudah dikeluarkan.


Dalam permohonan maafnya yang dipos di Facebook pada Isnin, Encik Wong berkata respons beliau kepada kejadian itu hasil daripada kekecewaannya terlewat pergi ke sebuah mesyuarat, dan beliau memohon maaf secara peribadi kepada pegawai terlibat.


"Pegawai ICA diberi kuasa oleh undang-undang untuk menjalankan pemeriksaan dokumen perjalanan dan bagasi ke atas semua orang," kata seorang jurucakap ICA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media pada Jumaat.


Beliau menambah bahawa ICA akan mengambil tindakan mengikut undang-undang terhadap mereka yang enggan mematuhi pemeriksaan keselamatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >