Pengguna Internet didakwa berkaitan komen 'kebenaran untuk menembak' LGBT

SEORANG lelaki berusia 36 tahun didakwa pada Khamis (30 Jun) berkaitan komen meminta "kebenaran untuk menembak" dalam satu pos Facebook pada halaman kumpulan yang menentang perhimpunan tahunan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Eksekutif kanan Bryan Lim Sian Yang dikatakan membuat suatu rekod elektronik mengandungi hasutan kepada keganasan pada 6 Jun.

Dalam pos pada halaman kumpulan Facebook yang dinamakan 'We are against Pinkdot in Singapore' (Kami menentang Pinkdot di Singapura), dia menulis: "Saya seorang warga Singapura. Saya seorang anggota NS, saya seorang bapa. Dan saya bersumpah akan melindungi negara saya. Beri saya kebenaran untuk menembak. Saya ingin melihat £ @ € $ ^ * s mati demi perjuangan mereka".

Sekurang-kurangnya tiga laporan polis dibuat terhadapnya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Wong Woon Kwong meminta kes itu ditangguhkan untuk melengkapkan siasatan.

Lim, yang diwakili oleh Encik Adrian Wee, akan kembali ke mahkamah pada 4 Ogos. Ikat jamin $10,000 ditawarkan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun dan/atau didenda.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.