Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna S'pura boleh tonton TV Internet Netflix tahun depan

Sep 09, 2015 | 12:24 PM



RANGKAIAN televisyen Internet terkemuka Netflix mengumumkan hari ini Rabu (9 September) bahawa ia akan melancarkan khidmatnya di Singapura awal tahun depan.


Pelancaran di Singapura itu merupakan sebahagian daripada pelancaran global syarikat itu yang dijangka selesai akhir 2016.


Pejabat Netflix di Singapura akan menjadi hab bagi perluasan operasinya di Asia sedang ia juga merancang untuk melancar khidmatnya di Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan pada awal tahun depan.


Ketua eksekutif Netflix Reed Hastings dalam satu kenyataan berkata:


"Kombinasi kelajuan Internet dan terdapatnya telefon bijak dan TV akan membolehkan pengguna menikmati filem-filem dan rancangan-rancangan TV di Netflix pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada."


Pengguna Internet boleh melanggani Netflix dan menonton pilihan rancangan TV yang popular dan filem-filem dalam bentuk definisi tinggi ataupun Ultra HD4K di hampir kesemua skrin yang dihubungankan dengan Internet.


Perkhidmatan Netflix boleh dinikmati menerusi TV bijak, tablet, telefon bijak, komputer dan konsol-konsol permaianan Internet dan kotak-kotak set-top.


Butir-butir mengenai harga, program dan alat-alat penyokong akan diumumkan pada tarikh kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >