Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penggunaan tinggi punca subsidi $3 PayLah lembab: DBS

Mar 24, 2023 | 10:05 PM



PENGGUNA aplikasi DBS PayLah mengalami kelewatan apabila hendak menerima pulangan wang atau 'cashback' pada Jumaat apabila mereka membuat pembayaran bagi tempahan makanan menerusi aplikasi itu dengan matlamat mendapatkan subsidi berjumlah $3 yang ditawar oleh bank tersebut.



Penundaan itu disebabkan bilangan tinggi pengguna yang melanggan masuk aplikasi tersebut, kata DBS Bank dalam satu kenyataan pada Jumaat.



Ia menambah bahawa isu itu telah diperbaiki pada awal tengah hari, lapor The Straits Times.



DBS berkata: “Kami sedar bahawa pelanggan yang sebelum ini telah membuat beberapa urus niaga yang layak di bawah skim DBS 5 Million Hawker Meals tidak dapat menerima pulangan cashback itu secara serta merta."



Ia juga memberi jaminan bahawa pulangan wang itu telah dikredit dalam dompet PayLah para pelanggan.



“Kami ingin meminta maaf atas gangguan itu," kata DBS.



Pada awalnya, para pengguna diberitahu mereka perlu menunggu hingga Isnin untuk menerima pulangan cashback itu dan dinasihatkan untuk menjangkakan penundaan apabila ingin melanggan masuk aplikasi tersebut.



Demikian menurut beberapa petikan gambar oleh pengguna apabila mereka menerima notis itu dalam aplikasi PayLah mereka.



Program ‘DBS 5 Million Hawker Meals’, berlangsung dari 10 Februari 2023 hingga 19 Januari 2024 itu bertujuan meringankan tekanan inflasi yang terus meningkatkan harga makanan.



Penduduk ditawar subsidi $3 apabila mereka menggunakan aplikasi DBS PayLah! untuk mengimbas dan membayar makanan mereka.


Subsidi dihadkan kepada 100,000 pengguna pertama setiap hari Jumaat antara 6 pagi dan 11:59 malam di salah satu 11,600 gerai penjaja yang ada SGQR di serata Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >