Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghormatan diberi pada Swee Keat di acara keharmonian kaum

May 16, 2016 | 09:26 AM



Menteri Kewangan Heng Swee Keat seharusnya melancarkan sebuah projek bagi menggalak keharmonian pada pagi Ahad (15 Mei).



Bagaimanapun, apabila pihak penganjur, Persatuan Moral Thye Hua Kwan, mendapat tahu beliau diserang angin ahmar Khamis lalu, ia memutuskan tidak menjemput tetamu terhormat lain.



Sebaliknya, pertubuhan kebajikan sukarela itu menyediakan sebuah buku tetamu untuk orang ramai menulis ucapan selamat kepada Encik Heng, yang kini dalam keadaan stabil di Hospital Tan Tock Seng.



"Kami mahu menunjukkan bahawa kami menghormati tetamu terhormat kami. Tidak wajar hanya kerana Encik Heng kini tidak dapat datang, kami mendapatkan orang lain untuk menggantikan beliau," kata pengerusi persatuan itu, Encik Lee Kim Siang.



"Encik Heng mempunyai jadual sangat sibuk, namun beliau bersetuju datang sejurus kami menjemput beliau... Beliau sangat baik dan berdedikasi," katanya.



Encik Lee berkata buku itu akan disampaikan kepada Kementerian Kewangan pada Isnin (16 Mei), bersama model kecil Lori Harmony kelana yang dilancarkan pada acara tersebut di Singapore Flyer.



Lori Harmoni sebenar mengandungi maklumat tentang budaya dan kepercayaan kumpulan berbeza di Singapura, cerita warga baru dan warga asing, serta rusuhan kaum di sini pada 1960, dan merupakan sebahagian daripada usaha persatuan itu untuk mendidik orang ramai mengenai peri penting keharmonian kaum, agama dan sosial.



Ia akan pergi, antara lain, ke taman dan asrama pekerja asing.



Lori itu juga akan berada di Taman Bishan-Ang Mo Kio pada 19 Jun untuk acara sarapan keluarga yang menampilkan makanan daripada budaya tempatan yang berbeza.



Pada 25 Jun, ia akan berada di Taman Belia di Somerset bagi acara makan malam bagi mendekati golongan muda dan membantu mereka memahami kepentingan keharmonian kaum dan agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >