Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghormatan muka depan bagi mendiang Lee di akhbar Asia

Mar 24, 2015 | 06:44 PM



BERITA kematian bapa pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew, telah mendapat liputan meluas akhbar-akhbar luar negara.


Dua akhbar Bahasa Cina Malayia - Sin Chew Daily dan China Press - masing-masing menyiarkan penghormatan kepada mendiang Encik Lee di muka hadapan akhbar tersebut.


Sebuah lagi akhbar harian Bahasa Cina, Nanyang Siang Pau, pula menyiarkan keterangan ringkas mengenai mendiang Encik Lee di bahagin atas muka hadapan akhbar itu.


Berita mengenai kematiannya juga menjadi antara bahan artikel paling banyak dibaca di laman-laman ketiga-tiga akhbar tersebut.


Meskipun istiadat pemahkotaan Sultan Johor disiarkan di kebanyakan akhbar Inggeris dan Melayu di Malaysia, namun kematian mendiang Encik Lee turut mendapat liputan meluas.


Semua terbitan akhbar yang dikuasai Umno - New Straits Times (NST), Berita Harian dan Utusan Malaysia - semua menyiarkan foto-foto hitam putih mendiang Encik Lee.


NST melaporkan mendiang Encik Lee telah 'mengubah republik ini daripada sebuah pulau dagang menjadi sebuah kuasa ekonomi besar.'


Akhbar The Star pula menyiarkan laporan empat muka surat tentang mendiang selain dengan tajuk: "Warga Malaysia turut berduka."


Terdapat juga liputan meluas di Indonesia di atas kematian bapa pengasas Singapura itu dengan sekurang-kurangnya enam akhbar di sana melaporkan berita kematian Encik Lee di muka hadapan mereka.


The Jakarta Post menyediakan lima muka surat kepada kisah mendiang.


The Jakarta Globe turut memberi penghormatan kepada mendiang Encik Lee di muka depan akhbar itu bertajuk "Selamat Tinggal Kepada Seorang Sahabat Baik."


Satu ulasan akhbar Jawa Pos pula menganggap mendiang Encik Lee sebagai 'Raja Ahli Falsafah', sedang akhbar Republika pula menganggapnya seorang 'rakan' dengan lidah yang tajam.


Kompas pula melaporkan semangat mendiang akan terus hidup.


Di China pula, berita kematian mendiang Lee disiarkan di muka hadapan akhbar-akhbar utama negara itu, termasuk People's Daily dan Liberation Daily.


Di India, kesemua akhbar Bahasa Inggerisnya menyiarkan berita kematian Encik Lee dengan dua daripadanya menyiarkan di muka hadapan.


Berita itu turut disiarkan di akhbar-akhbar di Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >