Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghormatan terus mencurah-curah bagi mendiang S R Nathan

Aug 23, 2016 | 10:28 AM



PENGHORMATAN kepada mendiang Encik S R Nathan, presiden yang paling lama berkhidmat di Singapura, terus mencurah-curah pada Selasa (23 Ogos), sehari selepas beliau meninggal dunia di Hospital Besar Singapura (SGH).



Menteri Negara Kanan Indranee Rajah menyifatkan mendiang sebagai "seorang Presiden bagi semua rakyat Singapura" dalam satu pos Facebook pada awal Selasa.



Cik Indranee berkongsi bagaimana sebagai Anggota Parlimen (AP) baru selepas Pilihan Raya Umum 2001, beliau bimbang tentang cara memperkenalkan dirinya kepada mendiang, presiden ketika itu.



"Saya sepatutnya tidak perlu bimbang. Beliau mengangkat muka, tengok saya, tersenyum, memanggil nama saya dan melintasi bilik itu untuk menggenggam tangan bak seorang ayah untuk mengucapkan tahniah kepada saya keraka dipilih.



"Satu perkara mudah - tetapi ia menunjukkan banyak mengenai beliau. Beliau seorang yang sederhana dan tidak angkuh walaupun memegang jawatan tinggi."



Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Encik Eddie Teo, juga menulis satu penghormatan di Facebook, menyifatkan mendiang sebagai "mentor, guru dan bos" ketika mereka di Kementerian Pertahanan.



"Beliau antara orang paling bijak dan 'banyak makan garam' yang pernah saya jumpa. Walaupun kurang kelayakan akademik formal, beliau amat bijak dan licik, dan sangat berpengetahuan dan banyak membaca," tulis Encik Teo.



Beliau menambah bahawa mendiang diberi kepercayaan melakukan "pekerjaan paling sensitif dan sukar" kerana pemerintah tahu beliau "sangat berkebolehan dan benar-benar boleh diharap".



"Encik Nathan tidak pernah menolaknya, dan sentiasa melaksanakan tugas dengan tekun dan dengan penuh berdedikasi."



AP Edwin Tong berkata di Facebook pada pagi Selasa bahawa dua penggal perkhidmatan mendiang sebagai Presiden "ditandai oleh kemulian, rendah hati dan sentuhan biasa hebat bagi setiap warga Singapura daripada segenap lapisan masyarakat".



"Beliau akan dirindui, tetapi diingati dengan perasaan kasih sayang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >