Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG SYAWAL

Penghuni RKM pulang beraya dengan keluarga

Jun 14, 2018 | 05:30 AM



SENYUMAN lebar terukir di wajah Muhammad Erwan Afian Daud, 18 tahun.



Menjelang Syawal ini, beliau menerima berita baik - akhirnya berpeluang pulang ke pangkuan ibu kandung setelah setahun setengah di bawah jagaan Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM).



Beliau antara 58 belia yang diberi peluang pulang ke pangkuan keluarga atau rumah keluarga angkat sempena Hari Raya Aidilfitri.



Setiap tahun, kanak-kanak dan belia di bawah jagaan RKM boleh keluar buat sementara waktu pada Hari Raya.



Malah, bagi Afian, beliau antara yang bertuah kerana akan dibebaskan buat selamanya.



"Perasaan saya bercelaru apabila mendapat berita pagi ini bahawa saya boleh dibebaskan.



"Pada masa sama, saya juga sedih kerana ini mungkin kali terakhir melihat kanak-kanak lain dan pegawai di sini," ujarnya.



Beliau anak ketiga dalam keluarga lapan beradik dan dijaga ibu mereka, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Yusnita, 45 tahun. Cik Yusnita ibu tunggal.



Selama setahun setengah, Afian di bawah jagaan RKM.



Sebelum itu, beliau berteduh di Darul Ma'wa selama tujuh tahun.



"Saya diletakkan di sini akibat sifat panas baran. Setelah setahun setengah di bawah jagaan serta bimbingan pegawai di sini, saya gembira kini boleh mengawal emosi serta tahu cara menenangkan diri," katanya, yang kini mengikuti kursus rekaan produk di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Hari ini, beliau lebih memberi tumpuan kepada pelajaran dan berharap dapat menyambung pelajaran ke peringkat diploma.



Belau juga berbakat dalam bidang seni dan menerokai bidang tersebut di RKM menerusi kelas seni kendalian pegawai.



"Melukis dengan cat akrilik antara cabang seni yang saya minati. Apabila saya tinggalkan tempat ini, saya juga akan meninggalkan karya seni saya di sini," ujarnya.



Pegawai RKM yang bekerjasama dengan Afian selama enam bulan, Cik Azzah Mahmud, 28 tahun, berkata:



"Kami tidak sangka beliau akan dibebaskan secepat ini. Tetapi, apabila kami melihat perubahan dalam sikapnya menjadi lebih positif dengan kerjasama ahli keluarga dan pegawai lain, kami rasa sudah tiba masa beliau pulang ke rumah".



Cik Yusnita turut gembira atas kepulangan anaknya itu.



"Saya dapat melihat perubahan terhadap sikap serta tingkah lakunya. Harapan saya bagi masa depannya adalah terus belajar sejauh mungkin."



Setiap kanak-kanak RKM membawa pulang habuan merangkumi set baju kurung lengkap, termasuk capal, songkok dan samping; jubah; duit Raya; baucar pasar raya NTUC; serta makanan ringan; hasil sumbangan masyarakat.



Selain itu, RKM menghantar lauk-pauk ke rumah penghuni pada malam Hari Raya.



Penghuni kembali ke RKM Isnin ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >