Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghuni RKM tak dapat cuti Raya tapi bertemu abang selepas sedekad tak jumpa

May 12, 2021 | 05:30 AM



TAHUN ini, buat kali kedua berturut-turut Rizal (bukan nama sebenar) tidak akan pulang ke rumah sempena Hari Raya Aidilfitri.



Ini kerana beliau tidak mempunyai rumah atau keluarga yang boleh menerimanya.



Namun Rizal, 19 tahun, yang sudah menghabiskan lebih separuh hidupnya di Rumah Kebajikan Muhammadiyah tetap ghairah menjelang Aidilfitri ini.



Buat kali pertama dalam lebih sedekad, beliau akan bertemu abang kandungnya selepas terpisah sekian lama.



Menurut Rizal, mereka terpisah selepas ibu bapa mereka bercerai dan pasangan adik-beradik itu juga tidak dapat berhubungan dengan dua adik-beradik yang lain. Mereka juga mempunyai adik-beradik tiri. Namun, beliau berjaya menghubungi abangnya itu, yang tinggal bersama bapa mereka, tahun lalu,



"Memang tak sabarlah, saya nak jumpa abang saya. Dia kerja sebagai ahli bomba dan ada rancangan mendirikan rumah tangga. Saya nak berbual dengan dia, nak tahu keadaan dia, persiapan dia," kata Rizal yang berkata beliau juga baru sedar mempunyai seorang adik tiri perempuan.



"Saya ingin tahu juga bagaimana mereka menyambut Hari Raya dan berharap diberikan peluang untuk menyambut Hari Raya dengan mereka," ujar Rizal lagi.



Rizal antara 14 daripada 35 penghuni rumah kebajikan Muhammadiyah yang tidak pulang ke rumah sempena Hari Raya tahun ini, kata Muhammadiyah dalam kenyataannya.



Menurut jurucakapnya, ini berlaku atas beberapa sebab, termasuk keluarga bermasalah, penjaga yang sedang menjalani hukuman penjara dan tiada orang untuk menjemput mereka pulang ke rumah.



Semalam, penghuni yang dibenarkan pulang dilihat meninggalkan rumah kebajikan itu dengan ditemani salah seorang ibu bapa.



Timbalan Superintendan (Operasi) Unit Pemulihan, Encik Zainal Abidin Ali Ahmad, berkata sejak pandemik berlaku, hanya seorang ibu atau bapa dibenarkan menjemput anak mereka pulang dan mereka perlu mematuhi langkah pengurusan selamat.



Pihak Muhammadiyah juga dilihat menghulurkan habuan Hari Raya kepada mereka, yang mengandungi makanan, bahan keperluan, baucar, serta sampul yang mengandungi wang tunai bernilai $179.



Bagi penghuni yang kekal di rumah kebajikan itu, Muhammadiyah telah menyediakan beberapa program bagi penduduk yang tidak dapat cuti Hari Raya mereka seperti, bengkel menganyam ketupat dan menyediakan tayangan filem dokumentari mengenai istiadat makan-makan ala kampung.



Rizal berkata beliau tidak terkilan tidak dapat pulang kerana suka berada di sana bersama teman.



"Di sini saya ada teman, ada banyak program dan ada banyak perkara yang boleh dibuat," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >