MENTERI Pembangunan dan Sosial Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, berkata mereka yang terjejas oleh gempa bumi baru-baru ini di Sabah akan diberi "pengiktirafan bermakna'' di Sukan SEA yang sedang berlangsung di Singapura dari 5 hingga 16 Jun.
Encik Tan, juga selaku Presiden Majlis Olimpik Nasional Singapura, telah menulis di laman Facebook beliau pada Ahad dan menyatakan bahawa "walaupun kami menyokong ahli-ahli sukan kami, saya tetap memikirkan tentang mereka yang terjejas oleh gempa bumi di Kinabalu.''