SYARIKAT pengilangan setempat perlu mengatasi keraguan atau kebimbangan dan memanfaatkan kemudahan yang ditawarkan di institut kajian seperti Institut Teknologi Pengilangan Singapura (SIMTech) bagi menerapkan teknologi dalam perniagaan.
Membuat gesaan itu kepada media selepas melawat SIMTech, institut kajian di bawah Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) semalam, Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata bagi melaksanakan teknologi, syarikat perlu menyepadukan teknologi dengan strategi perniagaan dan pembangunan bakat.