Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengimport didenda $5,000 kerana bawa masuk sayur, buah secara terlarang

Jul 25, 2022 | 07:35 PM



SEBUAH syarikat pengimport produk makanan didenda $5,000 oleh mahkamah semalam kerana membawa masuk sayur dan buah segar ke Singapura untuk dijual, secara terlarang.



Menurut kenyataan bersama Agensi Makanan Singapura (SFA) serta Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (25 Julai), SFA dan ICA sedang mengadakan operasi bersama pada 17 November 2020 apabila sebuah lori yang membawa produk makanan bagi JQA Pte Ltd ditahan oleh pegawai ICA di Komand Woodlands.



“Siasatan SFA mendapati bahawa syarikat itu telah mengimport secara terlarang kira-kira 362.4 kilogram sayur dan buah segar yang tidak diisytihar atau jumlah yang diisytihar kurang daripada yang sebenarnya dalam konsainan yang diimport dari Malaysia itu.



“Kesemua konsainan yang terlarang telah dirampas,” ujar SFA dan ICA.



Dalam pada itu, pengarah syarikat itu, Encik Tan Kar Jiun, turut didenda $5,000 kerana gagal mengelakkan kesalahan itu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >