Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengimport selari tidak serah kereta walau wang sudah dibayar

Oct 04, 2016 | 07:36 AM



BEBERAPA pelanggan sebuah syarikat pengimport selari, Exodus Global, membuat laporan polis selepas mereka tidak menerima kereta mereka walaupun telah membayar untuknya.



Sekurang-kurangnya tujuh pelanggan membayar $493,470 kepada syarikat itu sejak Oktober tahun lalu, lapor akhbar The Straits Times.



Empat daripada pelanggan itu membayar wang pendahuluan penuh, tetapi masih menunggu kereta mereka.



Syarikat di Ubi Avenue 3 itu berkata di laman webnya bahawa ia terlibat dalam import selari dan "kenderaan pramilik" tempatan.



Pengimport selari membeli kereta daripada penjual luar negara dan menjualnya di sini, biasanya pada harga lebih rendah daripada yang dikenakan oleh pengedar sah.



Syarikat itu juga nampaknya menjual kereta melalui De Auto Boutique dan De Auto Leasing, yang mengatakan di laman webnya bahawa ia sebahagian daripada Exodus Global.



Dalam laporan polis mereka, pelanggan berkata mereka mula-mula membayar cengkeram antara $2,000 dan $ 20,000.



Pada Julai dan Ogos lalu, empat pelanggan diberitahu bahawa kenderaan mereka boleh diambil dalam tempoh dua minggu.



Mereka kemudian diminta membayar jumlah baki, daripada $20,000 hingga $116,500.



Mereka berbuat demikian, tetapi setakat ini tidak mendapat kereta mereka. Tiga daripada mereka berkata mereka diberitahu oleh pengarah Exodus, Encik Andy Chin, bahawa syarikat itu mengalami masalah kewangan.



Ketika dihubungi, Encik Chin berkata beliau tidak bersedia untuk mengulas.



Seorang eksekutif teknologi maklumat, yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Ong, 46 tahun, berkata beliau membuat bayaran penuh $136,500 bagi sebuah kereta Toyota Harrier pada 24 Julai, selepas diberitahu ia akan diserahkan sebelum 4 Ogos.



Namun, penghantaran ditangguhkan dan Exodus berkata ia menghadapi masalah dengan pendaftaran kereta itu, di samping masalah lain.



Seorang jurutera berusia 43 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata beliau membayar $97,888 bagi sebuah kereta Toyota Voxy 2.0 tetapi masih belum menerimanya.



Persatuan Pengguna Singapura (Case) berkata ia telah "mengendalikan tiga kes terhadap De Auto Boutique/Exodus Global dan menerima 20 pertanyaan lain mengenai syarikat yang sama".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >