SELURUH masyarakat harus berganding bahu membantu membangunkan daya tahan mental rakyat Singapura dan pemerintah tidak boleh melakukannya sendirian.
Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, berkata demikian semasa berucap ketika melancarkan buku Bend Not Break - Learning From Loss (Lentur Usah Patah - Belajar Daripada Kehilangan) yang menyorot kesan trauma ekoran kehilangan anggota keluarga atau teman yang bunuh diri.