Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengorbanan 5 dekad Syed Kadir dalam sukan tinju temu garis penamat...

Jul 11, 2022 | 05:30 AM



SEPANJANG kerjayanya dari 1968 hingga 1976, Syed Abdul Kadir Syed Abu Bakar, adalah antara petinju paling disegani di rantau ini.



Selepas bersara dari tinju secara kompetitif, beliau terus menyumbang kepada sukan tersebut sebagai jurulatih dan juga presiden Persekutuan Tinju Singapura (SBF), jawatan yang baru dilepaskannya Mei lalu.



Kisah pengorbanan Syed Abdul Kadir dalam mengharumkan nama negara di pentas serantau dan antarabangsa, serta sumbangannya kepada pembangunan tinju di Singapura diakui ramai secara meluas.



Namun, penglibatannya lebih lima dekad dalam sukan tinju kini bertemu garis penamat, dengan beliau sekarang perlu memberi tumpuan kepada pemulihan setelah mengalami serangan angin ahmar ringan lewat tahun lalu.



Anak perempuannya, Sharifah Ummu Hanni, 42 tahun, memberitahu Berita Harian (BH), bapanya disahkan mengalami strok ringan pada otak kanannya, yang menyebabkan bahagian kiri tubuh bekas juara itu menjadi lemah.



Bapanya itu, 74 tahun, masih boleh berjalan, meskipun perlahan serta harus dibantu, dan sedang menjalani rawatan terapi. Beliau juga tidak boleh banyak bercakap, kongsi Cik Hanni lagi.



Syed Abdul Kadir, yang mula berlatih untuk menjadi petinju sejak usianya 11 tahun, merupakan petinju pertama sejak merdeka yang mewakili Singapura dalam Sukan Olimpik apabila beliau mengibarkan bendera negara di Munich, Jerman, pada 1972.



Meskipun tidak memenangi pingat di Munich, beliau memenangi pelbagai pingat di peringkat serantau dan antarabangsa termasuk pingat emas pertama Singapura dalam sukan tinju di Sukan Komanwel pada 1974.



Dalam wawancara untuk Projek Memori Singapura



, sebuah usaha pemerintah mendokumentasikan kisah-kisah mercu tanda negara, Syed Abdul Kadir pernah berkata:



"Saya tidak kenal erti bersara. Ia tidak wujud dalam kosa kata saya. Dalam sukan, kita harus berkorban. Berkorban masa. Berkorban zaman muda. Selagi saya mampu dan kuat, saya akan terus melatih generasi muda. Mereka perlukan bimbingan.



"Jika saya tidak menyumbang semula kepada sukan yang saya cintai ini, saya telah gagal."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >