SELAMA seminggu apabila bapanya dirawat di hospital akibat kemalangan basikal, pelajar Luqman Al-Hakim Mohd Najib Mohidu, 16 tahun, perlu menjadi ketua dan "menggagahkan" diri menjaga lima adik-beradiknya yang lain.
Ibunya, seorang guru sekolah rendah, Cik Nani Rhiani Mohd Taib, terpaksa berulang-alik ke hospital bagi menguruskan suaminya, juga seorang guru sekolah rendah, Encik Mohd Najib Mohidu Kunyalee, yang ketika itu mengalami kecederaan teruk di kepala.