PERDANA Menteri Lee Hsien Loong memberi penghormatan atas jasa dan sumbangan Allahyarham Othman Wok membentuk Singapura yang berbilang bangsa.
Perdana Menteri dalam euloginya bagi memperingati Allahyarham berkata pengorbanan dan pendirian teguh Allahyarham dalam menyokong dasar negara berbilang kaum dan agama meyakinkan sebahagian penting masyarakat Melayu untuk menerima keputusan berpisah dari Malaysia pada 1965.