Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penguatkuasaan denda lebih berat salah guna PMD dimula

Jan 15, 2018 | 08:22 PM



SERAMAI 38 pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) ditangkap kerana menunggang di jalan raya sejak permulaan tahun ini, berbanding 22 pengguna yang ditangkap sepanjang tempoh sama tahun lalu, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini.



Dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan LTA bersama Polis Trafik di Loyang Drive hari ini, seramai 11 pengguna PMD diarah berhenti kerana menunggang PMD di jalan raya, menurut akhbar The Straits Times.



Alat yang digunakan 11 orang itu turut dirampas. Denda lebih berat bagi pengguna PMD yang didapati menunggang di jalan raya mula dilaksana hari ini.



Mereka yang didapati bersalah menunggang PMD di jalan raya biasa kini boleh dikenakan denda $300 bagi kesalahan pertama, $500 bagi kesalahan kedua dan $800 bagi kesalahan seterusnya.



Sementara itu, mereka yang didapati menunggang PMD di jalan raya utama boleh dikenakan denda $500 bagi kesalahan pertama, $800 bagi kesalahan kedua dan $1,000 bagi kesalahan seterusnya.



Pengguna yang menunggang PMD di lebuh raya pula akan diheret ke mahkamah. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda dan dipenjara.



Sebelum ini, pengguna PMD didenda $100 bagi kesalahan pertama, $200 bagi kesalahan kedua dan $500 bagi kesalahan seterusnya di semua jenis jalan raya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >