Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penguatkuasaan denda lebih berat salah guna PMD dimula

Jan 16, 2018 | 05:30 AM



SERAMAI 38 pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) telah ditangkap sejak permulaan tahun ini kerana menunggang alat tersebut di jalan raya, berbanding 22 pengguna yang ditangkap sepanjang tempoh yang sama tahun lalu, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.



Dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan LTA bersama Polis Trafik di Loyang Drive semalam, 11 pengguna PMD diarah berhenti kerana menunggang alat itu di jalan raya, menurut akhbar The Straits Times.



PMD yang digunakan 11 orang itu turut diimpaun. Denda lebih berat bagi pengguna PMD yang didapati menunggang di jalan raya mula dilaksana semalam.



Mereka yang didapati bersalah menunggang PMD di jalan raya biasa kini boleh dikenakan denda $300 bagi kesalahan pertama, $500 bagi kesalahan kedua dan $800 bagi kesalahan seterusnya.



Mereka yang didapati menunggang PMD di jalan raya utama pula boleh dikenakan denda $500 bagi kesalahan pertama, $800 bagi kesalahan kedua dan $1,000 bagi kesalahan seterusnya.



Pengguna yang menunggang PMD di lebuh raya pula akan diheret ke mahkamah. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda dan dipenjara.



Sebelum ini, pengguna PMD didenda $100 bagi kesalahan pertama, $200 bagi kesalahan kedua dan $500 bagi kesalahan seterusnya di semua jenis jalan raya.



LTA juga telah meningkatkan usaha penguatkuasaan terhadap pengguna PMD yang menyalahi peraturan tahun ini.



Salah seorang daripada mereka yang diarah berhenti kerana menunggang PMD semasa menyeberang jalan raya semalam, Encik Murugan Gurusamy, 45 tahun, berkata:



"Sekarang saya rasa saya harus naik bas awam sahaja untuk pergi ke kerja."



Namun, beliau akur peraturan itu bertujuan memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.



Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang menunggang dengan selamat, LTA akan memperkenalkan Program Menunggang Dengan Selamat mulai 1 Februari ini di pelbagai tempat termasuk sekolah, kelab masyarakat dan dormitori pekerja asing.



Program sukarela selama 90 minit itu akan dijalankan di litar latihan dan merangkumi bahagian teori dan praktikal untuk membantu peserta lebih memahami bagaimana menunggang dengan selamat.



Apabila Akta Mobiliti Aktif dilaksana kelak - dijangka tahun ini - program itu wajib diikuti penunggang yang menyalahi peraturan.



Laporan lain: Memantau pengunaan PMD




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >