WARGA muda Singapura yang bakal mengundi buat kali pertama di pilihan raya umum akan datang ghairah dengan bahang yang semakin terasa menyusuli pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum (GE) semalam.
Namun menjelang hari pilihan raya yang semakin hampir - kira-kira dua minggu lagi - mereka juga berkata mereka akan mengikuti perkembangan politik di negara ini dengan lebih dekat kerana tidak mahu mensia-siakan peluang mereka.