ENCIK Mohammed (bukan nama sebenar) resah bukan kepalang apabila seorang pegawai imigresen mengarahkannya segera mematikan telefon bimbitnya ketika beliau sedang rancak berbual dengan pemandu teksi yang bakal menjemputnya.
Pegawai berkenaan kemudian mengambil pasportnya dan mengarahkan beliau mengekorinya ke pejabat tanpa memberi sebarang alasan.