SEDANG pelajar lain membawa komputer riba pada hari pertama sekolah, Cik Siti Haryana Maiman, yang ketika itu berusia 31 tahun, sekadar membawa pena dan beberapa helai kertas.
Rasa gerun menyelubungi dirinya, memandangkan kali terakhir beliau ke sekolah adalah semasa beliau berusia 16 tahun apabila menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O'.