PENGURUS syarikat MCC Events & Production, Salleh Sam, telah bersetuju menaikkan jumlah perbelanjaan invois dalam kes persubahatan bagi menipu agensi pemerintah dalam projek penyalaan lampu Hari Raya Geylang Serai pada 2011 dan 2012.
Salleh bersetuju dengan individu yang terlibat, bekas presiden Majlis Pusat, Saharudin Kassim, untuk menipu Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD) dan Lembaga Totalisator Singapura (Tote Board).