Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga Singapura diberi gelaran Keraton kerana sumbangan kepada ekonomi Solo

May 03, 2016 | 02:38 PM



JAKARTA: Seorang ahli perniagaan warga Singapura dianugerah status berprestij 'abdi dalem', atau hamba diraja, oleh istana Surakarta di Solo, Indonesia, atas sumbangan beliau kepada ekonomi bandar itu.



Encik William Marie Chong, pengasas syarikat pengurusan pelaburan Lions of Asia Group, secara rasmi diberi gelaran itu pada Isnin (2 Mei) di istana Surakarta, atau Kasunanan Surakarta Hadiningrat, dalam satu majlis kaya dengan kebudayaan diraja dan tradisional Jawa.



Memakai kain sarung batik, topi blangkon tradisional, dan samping kuning dan merah di lehernya, beliau berkata kepada pemberita: "Ini kali pertama saya memakai pakaian tradisional ini. (Saya) berasa seperti seorang raja."



Nama diraja Jawa beliau - yang diberi oleh raja Surakarta, Pakubuwono XIII Hangabehi - ialah Kanjeng Raden Aryo William Mario Chong Adinagoro.



Pegawai istana Winarno Kusumo memberitahu akhbar The Straits Times gelaran itu dikhaskan untuk "rakan-rakan terdekat" diraja.



"Ia gambaran penghargaan Raja bagi pelbagai sumbangan, daripada meningkatkan ekonomi dan membangunkan budaya Keraton (istana)," katanya.



Istana Surakarta diiktiraf sebagai salah satu institusi warisan negara, tetapi keluarga diraja Surakarta tidak mempunyai pengaruh atau peranan kepimpinan dalam bandar atau pentadbiran wilayah itu.



Seramai 230 individu diberi status khas, termasuk 30 warga asing, menurut Encik Winarno, sambil menambah bahawa Encik Chong bukan warga pertama Singapura yang menerima gelaran tersebut.



"...memandangkan keluarga diraja telah memberkati saya dengan gelaran ini, saya berasa menjadi tanggungjawab moral saya melakukan sesuatu bagi rakyat Surakarta, bagi Raja Solo, terutama kepada keluarga diraja," kata Encik Chong kepada laman web berita Solopos.



Encik Winarno berkata mereka yang diberi status itu dijangka menghadiri upacara khas diraja, tetapi warga asing perlu menghadiri sekurang-kurangnya satu acara sahaja, kerana mereka mungkin dihadkan oleh jarak dan komitmen kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >