IBU bapa yang memerlukan bantuan berkaitan kerja rumah atau pelajaran anak mereka di sekolah rendah sekarang boleh mengajukan soalan dalam talian dan mendapatkan panduan daripada guru tuisyen sukarelawan.
Ini hasil satu inisiatif baru di bawah M Kuasa Tiga (M³) yang dipanggil 'KampusM³', yang dikendalikan oleh Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).