Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penipuan bungkusan DHL: Seorang lagi lelaki didakwa

Jul 21, 2016 | 09:32 AM



SEORANG lelaki berusia 23 tahun didakwa pada Rabu (20 Jul) terlibat dalam satu penipuan bungkusan.



Moi Chee Hou, seorang warga Malaysia, dituduh menerima $30,100 dalam akaun banknya walaupun mengetahui wang itu dicuri oleh seseorang bernama 'Alvin'.



Polis menerima laporan pada 4 Julai daripada seorang wanita berusia 32 tahun yang berkata beliau menerima panggilan daripada orang tidak dikenali yang mengaku bekerja dengan DHL.



Beliau diberitahu bahawa bungkusan itu mengandungi barang haram dan ditahan oleh Kastam China.



Panggilan itu kemudian dipindahkan kepada satu lagi orang, yang nombor telefonnya dipapar pada ID pemanggil sebagai '999'. Orang itu mendakwa dia daripada polis.



Wanita itu diminta memberi butir perbankan Internetnya dan kemudian beliau mendapati wang kira-kira $36,000 telah dipindahkan ke akaun bank yang tidak diketahui.



Polis percaya Moi terlibat dalam sekurang-kurangnya lima kes serupa di mana mangsa kehilangan kira-kira $90,000.



Kesnya akan disebut semula pada Ogos. Ikat jamin tidak diberi.



Minggu lepas, polis menahan tiga lelaki berusia antara 21 dan 22 tahun, kerana disyaki terlibat dalam penipuan bungkusan sama di mana seorang wanita warga emas kehilangan $50,000.



Polis menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga apabila menerima panggilan daripada pihak tidak dikenali.



Ia berkata bulan lepas lebih $4 juta wang mangsa penipuan telefon lesap sejak Mac, dan lebih 50 laporan diterima dalam tempoh itu.



Dalam kebanyakan kes, pemanggil menggunakan helah sama.



Jurucakap DHL berkata bulan lalu bahawa ia menerima lebih 200 laporan sehari mengenai penipuan itu.



Ia telah membuat laporan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >