DALAM laporan berjudul 'Lokasi gerai bazar strategik rancakkan perniagaan' yang diterbitkan semalam, Cik Jihan Jauhar daripada syarikat Mona J ditukil sebagai berkata bahawa beliau diminta membayar $16,000 sebagai kos sewa bagi gerai berukuran 6 meter kali 3 meter di bazar Tampines.
Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) GRC Tampines yang menganjurkan bazar itu telah memeriksa dengan pengendali bazar yang mengesahkan bahawa Mona J ditawarkan harga $6,000 dan bukan $16,000.