SEDANG demam Piala Dunia semakin hangat, penjenayah siber juga tidak melepaskan peluang untuk menjerat mangsa menggunakan tarikan Piala Dunia seperti tiket percuma atau siaran percuma sebagai umpan.
Firma keselamatan Internet, Symantec misalnya, telah mengesan beberapa contoh kes penipuan di alam siber yang menggunakan tarikan pertandingan bola sepak antarabangsa itu.