Penjual flat HDB boleh tinggal dalam flatnya sehingga tiga bulan

PEMILIK flat Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) yang menjual flat mereka tidak perlu berpindah dengan serta-merta sebaik sahaja urusan jual beli itu selesai.

Ini kerana HDB telah memperkenalkan dasar membolehkan penjual tinggal di flat yang baru dijualnya sehingga tiga bulan.

Namun, aturan itu perlu dirundingkan secara peribadi dan dipersetujui pihak penjual dan pembeli.

Ia juga hendak dikemukakan kepada HDB bersama permohonan jualan semula.

"Dalam erti kata lain, jika si pembeli bersetuju dengan permintaan si penjual bagi perjanjian sementara itu, HDB tidak akan menolaknya," kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, yang mengumumkan perubahan itu dalam blognya.

Syarat sebelum ini yang mengharuskan penjual untuk keluar dari flat mereka serta-merta telah membuat sebahagian penjual dalam keadaan sukar, tambah Encik Khaw.

Ada di kalangan penjual yang belum dapat berpindah ke rumah baru atas sebab kerja- kerja pengubahsuaian yang masih dijalankan.

Malah, ada yang memerlukan wang daripada jualan flat sebelum mereka boleh membeli flat selanjutnya.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.