Pensyarah NUS dinasihati ekoran posting provokatif tentang homoseksual

PROVOS Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata komen-komen yang dikeluarkan pensyarah NUS, Profesor Madya Syed Muhd Khairudin Aljunied, mengenai homoseksual minggu lalu "mengandungi bahasa yang provokatif, tidak wajar dan ofensif", kata satu laporan laman web CNA.

Profesor Tan Eng Chye, yang merupakan timbalan presiden bagi ehwal akademik universiti tersebut, berkata beliau telah memberi nasihat kepada Profesor Khairudin yang mengakui bahawa postingnya mencerminkan perkiraan yang lemah dalam nada dan pilihan kata-kata, meskipun niatnya adalah untuk menyampaikan pandangannya.

Profesor Muhd Khairudin, pensyarah Jabatan Pengajian Melayu NUS, telah pun meminda dan mengeluarkan kata-kata tersebut.

Pada 28 Februari lalu, tiga pelajar telah membuat aduan kepada pihak berkuasa NUS mengenai pandangan Profesor Khairudin tentang homoseksualiti itu.

Mereka membantah tulisan beliau yang menyifatkan orientasi seks alternatif itu sebagai "songsang" dan menggambarkannya sebagai "barah" dan "penyakit sosial".

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.