SETIAP individu boleh menjadi 'mata dan telinga' masyarakat untuk mengesan mereka yang berubah menjadi radikal dan sekali gus menyelamatkan Singapura daripada serangan pengganas.
Menekankan demikian, Menteri Penerangan dan Perhubungan, Dr Yaacob Ibrahim, berkata antara kebimbangan utama yang dihadapi Singapura ialah serangan daripada individu-individu radikal yang tinggal di sini.