Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penubuhan Wakaf Masyarakat S’pura kian siap: Masagos

Apr 28, 2023 | 08:34 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura hampir selesai menubuhkan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) dan sedang berusaha untuk memastikan perundangan mengenainya dilaksanakan bagi mentadbir wakaf itu, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.


Beberapa individu juga telah tampil untuk mengikrarkan derma ke WMS, termasuk usahawan dan Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Ltd (SCP), Encik Salleh Marican. 


Encik Masagos memberi perkembangan terkini semasa berucap di Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands pada Jumaat. Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean. 


Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua (Kesihatan), berkata maklum balas masyarakat terhadap WMS amat menggalakkan. 


“Saya berbesar hati Muis hampir selesai menubuhkan WMS, bahkan sudah mendampingi masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang wakaf dan alat-alat perancangan harta peninggalan.


“Maklum balas masyarakat terhadap WMS amat menggalakkan. Saya sangat gembira ramai menyokong visi wakaf untuk menampung keperluan keagamaan masa depan masyarakat Islam kita dan institusi-institusinya. 


“Pokok dana ini akan dikekalkan dan dilaburkan sepenuhnya. Ia akan menjana pendapatan yang akan disalur kepada penerima WMS. 


“Muis sedang berusaha memastikan struktur undang-undang lengkap untuk tadbir urus wakaf ini,” jelas beliau.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >